Friday, May 6, 2016

Masih Ingat Lagi Gadis 18 Tahun Yang Kahwin Suami 62 Tahun, Selepas Beberapa bulan Berkahwin. Cuba Lihat 5 Foto Terbaru Beliau Yang Amat Memeranjatkan!!

Masih Ingat Lagi Gadis 18 Tahun Yang Kahwin Suami 62 Tahun, Selepas Beberapa bulan Berkahwin. Cuba Lihat 5 Foto Terbaru Beliau Yang Amat Memeranjatkan!!



Sejak beberapa hari lalu netizen di Malaysia dihebohkan beredarnya tiga foto pernikahan seorang remaja wanita berumur 18 tahun dengan pria yang lebih pantas sebagai kakek, karena sudah berumur 62 tahun.

Awalnya, foto ini dibagikan Ustaz Saiful Bahri Mamat di laman Facebook

Foto-foto itu tersebar luas di media sosial dah dibagikan oleh netizen dengan pelbagai tulisan yang kebanyakan menjadikan perkawinan ini sebagai lawakan.

Ada yang mengatakan seharusnya pasangan bagai anak dan ayah, cucu dengan kakek.

Nur Nazirah Nazri
"18 tahun gaiisss, 18 tahun. Allahu, rasa pedih menusuk kalbu gaiss. Hahahahaha," tulis laman Himpunan Gambar Lawak disertai dengan emoticon gelak ketawa.

Menyadari pernikahannya yang dianggap sebagai lawakan, pengantin perempuan, Nur Nasirah Nazri menanggapi.

"Hina sangatkah orang muda kawin dengan orang tua? Perkawinan saya adalah perkawinan sah, bukannya buncit (hamil) dahulu baru kawin," soal Nasirah kepada netizen.

Nur Nasirah mengaku awalnya hanya diam saat foto foto pernikahannya tersebar di Instagram.

"Tapi ramai yang meng-up-kan (postingan itu tetap di atas), sehingga saya hilang rasa sabar. Kepada yang mendoakan kebahagiaan saya, saya ucapkan terima kasih sangat-sangat dan yang mengata pun saya ucapkan terima kasih," tulis Nasirah lagi.

Namun ada juga netizen yang membari kata-kata semangat kepada pasangan ini.

"Jangan rasa macamtu adik, saya gembira, Wallahi,, Rasulullah pun berkawin dengan anak kawan baik sendiri yang jauh lebih muda iaitu Saidatina Aisyah, saya yakin ramai yang mendoakan adik dan pasangan, gambar ini jadi viral sebab 'rare' jer, Dalam Jannah, tak de beda umur dah, semua sebaya," kata Faten Nasyrah Zulkifli.

"Abaikan saje, biasalah manusia, bila pemikiran tidak berfungsi dengan baik, macam inilah jadinyer, perkara baik diremeh-remehkan, bagus adik kawin awal, kakak doakan awak bahagai, by the way, suami yang dah berumur ini lagi romantik dari yang muda, tak percaya? tengok je lah nanti," kata Aliah Amanee.



COMEL ... LIHAT FOTO ARTIS KESAYANGAN ANDA SEWAKTU KECIL DAN BESAR !! TERBAIK ..


Tag : Gambar Artis , Pelakon , Pelawak , Penyanyi , Zaman Kanak-kanak

"Dah SARAT NAK BERANAK PUN SUAMI NAK LAGI.."!! Akibat 'NAFSU BESAR SUAMI' Isteri TERPAKSA TANGGUNG AKIBAT



        "Dah SARAT NAK BERANAK PUN SUAMI NAK LAGI.."!! Akibat 'NAFSU BESAR SUAMI' Isteri TERPAKSA TANGGUNG AKIBAT


        Dia isteri yang cantik, muda lagi.. NAMUN begitu berat ujian menimpa dirinya , tentang suaminya.. BUKAN buka aib sendiri, sebab baginya, tindakan yang dia ambil perlu untuk semua isteri c0nt0hi. AMBIL SEBAGAI PENGAJARAN! Ini kisahnya ...

        Assalamualaikum..tlg hide nama sy.sy hanya ingin meluah dan berk0ngsi. sy ingin isteri2 diluar sana beringat. dan amik pengajaran..

        DIA LUPA, ALLAH ITU ADA

        Sy Dan suami Kenal dr zaman persek0lahan lg. kami bercinta hampir 8 tahun. Kemudian kami bernikah.Siapa yg x bahagiakan jika j0d0h kekal hingga ke jinjang pelamin.

        Dikurniakan rezeki awal,sy bunting pelamin..makin bertambahlah seri bahagia kami. Pd usia kandungan 5bln,Allah turunkan dugaan. Sy menghidapi appendicitis dan perlu jalani pembedahan.suami menemani sy selepas pembedahan. Semasa cuti sakit,sy sedar perubahan sedikit demi sedikit pada suami sy. Cepat marah,kurang sabar,ambil x endah tentang saya.suami sy se0rg yg baik sebenarnya.s0lat x tinggal..imamkan sy,beri tazkirah selepas s0lat, alhamdulillah..tp dia lupa,Allah itu ada..

        x disangka2,Allah tunjuk petanda. Di FB suami ,ada wanita yg tidak saya kenali.sy stalk FB wanita tersebut.terkejutnya sy,status nya semua mengenai rindu dendam pada suami sy.hati isteri mana yg x hancur luluh. Suami menafikan semua dan kata ada 0rg ingin hancurkan kebahagiaan rumahtangga kami.dia kata mungkin salah se0rg bekas kekasihnya..sbg isteri,sy percaya kata2nya..tp dia lupa,Allah itu ada..Ketika itu kndungan saya 7bulan. lebih mengharukan suami sy sampai bersumpah itu ini..Dan secara tiba2 dia kembali r0mantik.

        tp dia lupa,Allah itu ada.. 1malam,sy terbuka hati untuk check hp suami. Inb0x-clear. Sent item-clear. Draft - ......1 msg untuk sese0rang..yg membuktikan mereka ada hubungan..lg sekali,hancur luluh hati sy..saat itu jugak sy tanya suami. Dia diam dan ingin mula s0lat.sy paksa dia mengaku..pd mulanya dia katakan wanita itu bekas kekasihnya.dan pernah keluar bersama.

        ya Allah..terduduk sy semasa mendengar pengakuan. Menangis,meng0ng0i...macam 0rg gila.ya,macam 0rg gila..tp dia lupa,Allah itu ada. Dia ingat sy keluar untuk pergi kerja pd malam itu.tp tidak.sy terus ke rumah rakan.tanpa ditahan hati sy meluah segalanya..sy rancang untuk tumpang di rumah rakan sehari dua.dan kami kembali ke rumah sy utk ambil pakaian.sampai disana,kereta suami tiada.tahulah sy dia keluar berjumpa perempuan tersebut.malam itu juga sy bilik ke rumah mertua.sy cerita kn semuanya.(suami belum pulang ketika itu tp tahu sy di rumah mertua). Suami call sy dan ckp dia jumpa perempuan tu sebab nk settlekan hal mereka.sy dah x ambil pusing.mertua pula pujuk sy supaya x cerita pd ibu bapa sy. Sy akur..

        Suami pulang pd hampir jam 11mlm.sy dan rakan tunggu di dalam kereta.suami sampai ke terus masuk kereta sy dan terangkan bhw perempuan tu yg gilakan dia.dia mengaku berkawan dan perempuan tu,keluar kara0ke,dan mula mengaku bahawa perempuan tu bin lah bekas kekasihnya.tp janda anak 4!

        ya Allah,kami br saja 25thn!! Dan katanya,hubungan mereka hanya sekadar kwn. Katanya,dia cuba tinggalkan perempuan tu,tp x b0leh sbb perempuan tu akan ugut dia utk beritahu sy rahsia mereka.Bila sy tanya knp x terus terang,dia bagi alasan sebab takut sy marah..ya Allah,macamla sy x marah ketika ini..sy x puas ati,sy suruh dia bersumpah smbil pegang perut sy atas nama anak.suami pd mulanya x setuju.tp tetap buat dalam keadaan terpaksa.kemudian,kami pulang dan sy mendiamkan diri..sy masih terasa ada sesuatu yg suami sembunyikan..betul,suami sy lupa..Allah itu ada..

        Pd subuh hari,sy kejut suami.sy tanya el0k2..sy suruh dia terus terang dan ceritakan segala2nya pd sy supaya perempuan itu x tambah cerita,x buat fitnah,x ugut dia lg. Suami diam. Dia akhirnya mengaku hubungan mereka sudah jauh. Mereka sudah terlanjur. Bila ditanya berapa kali,sudah 3x..Allah....berat sungguh dugaanMu..bayangkanlah,sy sedang mengandungkn anaknya 7bulan!!

        Ketika itu,sy diam.setitik air mata p0n tiada..sy pandang k0s0ng suami sy.sy rasa cinta sy yg 8thn itu telah terkubur.sy diam sejenak.suami pula menanti jawapan.dia menangis.sy biarkan..baru menyesal mungkin? Sy peluk suami sy,sy bisik di telinganya..'abg bertaubatlah,s0lat taubat byk2.sy maafkan abg..dan sy tiada dendam dalam hati' suami pandang sy sambil menangis teresak2 dan bertanya adakah sy masih terima dia lg.dan sy hanya mengangguk.

        Dia menangis sambil memeluk sy,cium sy..sy terus bin dan berwuduk.ketika s0lat lah br air mata sy jatuh..pd Allah sy mengadu betapa hancur berkecainya hati sy ketika mendengar pengakuan itu..hati sy x tenang.sy baca surah ar rahman. Tersedu2,sebak yg xtahu nk dicakapkan. Suami yg melihat turut menangis.dia x sanggup tgk keadaan sy..dia call ibunya dan berterus terang tentang d0sanya dan ibunya turut menangis dan meminta utk bercakap dan sy.sy x mampu utk berkata2 ketika itu.sy hanya menangis dan menangis..suami cerita,dia x tahu knp dia b0leh berubah sebegitu sekali.sy tanya apa yg kurang pd sy,dia kata tiada apa yg kurang.sy ada rupa,1000x cantik pd janda tersebut.sy s0lat,sy taat pd suami.sy bekerja,sy dah bg dia anak..sy tutup aurat.ape lg??

        suami kata dia macam lupa diri..dia xtahu knp dia b0d0h macam tu.dia menyesal dan ingin lari di perempuan itu tp perempuan itu ugut utk beritahu d0sa mereka pd sy..sebab tu dia terpaksa stay berhubung utk tutup mulut perempuan tersebut.

        Mmg,sakitnya ya Allahhh.... Dia saja yg tahu. Sy hanya bertahan utk sekejap.kemudian sy x b0leh lupa dan mula rasa ingin mrh.sy minta cerai pd suami dan suruh suami kahwini perempuan tersebut.tp suami x nk.dia kata mati hidup balik pun dia tetap x kan ceraikan sy. Pd saat itu sy kerap menangis..tambahan pula perempuan tu mengamuk2 pd suami dan sy..habis dia cerita semua yg sy x tahu..yg amat menyakitkan. Perempuan tu hantar msg pd sy dan menyuruh suami sy hubungi dia.(suami dah patahkan simcard). Sy bls msg ya dan nyatakan tiada apa yg belum selesai.sy dan suami sy baik2 saja. Pastu,dia bls dan kata tahniah kpd saya krn bersuamikan ya.perempuan tu kata lg,pastikan suami sy x cari dia seperti mana suami sy mencari dia ketika sy melakukan 0perati0n dulu..

        Ya tuhan, ketika aku bertarung nyawa melawan penyakit,suamiku curang...sedih dan pilu hati ni xtah nk khabarkan macam mana..
        Tp Allah nk ada..siapa la yg x marah..memang sy mrh.tp sy belajar utk memaafkan dan melupakan..sy minta suami utk menghargai peng0rbanan sy.sy minta utk dia x lupa Allah tu ada..mcm2 suami tipu,tp Allah bantu sy beri petunjuk..

        Alhamdulillah,kami kekal sampai sekarang..anak sy pn telah selamat lahir..kami cuba utk lupakan segalanya.kami buka buku baru..suami pun dah berubah.sebab dia tahu,tiada lg peluang jika sejarah berulang.jika berulang lg,sememangnya tiada maaf bagimu. sy ada gaji sendiri,sy ada rupa,sy ada anak dah dan sy ada Allah.apa ade hal?

        Mungkin ramai yg kata sy b0d0h sbb sy bg peluang.tp bagi sy,lg b0d0h jika sy meruntuhkan masjid sendiri..sy yakin, Allah itu ada. Pasti ada hikmah kenapa sy diduga sebegitu rupa,mungkin isteri2 di luar sana akan ambil jalan cerai..mungkin,balas dendam..


        Sabar sahabat2ku,Allah itu ada..kita kena percaya qada dan qadar. Kuat lah,bangkitlah,tunjuk pd dunia tangan lembut kita mampu mengg0ncang dunia..yakinlah ALLAH ITU ADA

Tengok Video Sini:




(Refresh the page if you cant see this video or this video keeps buffering)

INI PENJELASAN SEBENAR YANG VIRAL NAJWA LATIF DAH KAHWIN TAHUN LEPAS,MEMANG MENGEJUTKAN!!!!

INI PENJELASAN SEBENAR YANG VIRAL NAJWA LATIF DAH KAHWIN TAHUN LEPAS,MEMANG MENGEJUTKAN!!!!















MASHA ALLAH! - Apabila Banjir Kilat Melanda Mekah (10 GAMBAR)

GEMPAR! - Apabila Banjir Kilat Melanda Mekah (10 GAMBAR)
TAOTAUAJER - Kota Mekah yang merupakan tanah suci bagi umat Islam kini sekali lagi digemparkan dengan kejadian banjir dan hujan lebat pada malam tadi.
Pemandangan ini merupakan sesuatu yang jarang-jarang berlaku kerana Mekah dikenali dengan iklim panas sepanjang tahun yang mencecah sehingga 40 darjah celcius.
Berpuluh-puluh kenderaan dan banyak kediaman serta premis perniagaan di kota Mekah didakwa rosak teruk selepas bandar suci umat Islam itu dilanda hujan lebat selama dua jam pada lewat malam semalam dan ia hampir melumpuhkan sistem pengangkutan di barat Arab Saudi.
Menurut portal berita Sabq, bencana alam pada lewat malam semalam itu turut menenggelamkan beberapa laluan utama ke bandar tersebut dan menyebabkan kerosakan teruk harta benda yang belum dinilai kerugiannya, sekali gus meningkatkan kebimbangan berulangnya banjir kilat yang membawa maut, seperti mana yang dilalui penduduknya beberapa tahun lalu.
Lokasi Mekah di tengah-tengah lembah padang pasir yang berbukit-bukau, menyebabkannya terdedah kepada banjir kilat ekoran hujan luar biasa lebat
Beberapa keping gambar turut dimuat naik dalam portal tersebut menunjukkan beberapa buah kenderaan dihanyutkan air deras dan berlanggaran antara satu sama lain.
Saksikan gambar-gambar kita mekah di landa banjir di bawah ini...
TAOTAUAJER : Buat pengatahuan korang sebelum ini juga Mekah pernah dilanda banjir pada tahun 2010 dan juga gambar di atas adalah gambar yang berjaya di ambil pada tahun 1941 bersamaan 1360 Hijrah dimana keadaan banjir tersebut sehinggakan menengelamkan beberapa kaki kaabah.

Thursday, May 5, 2016

Allah Bayar Tunai !!! 37 Orang Wanita Memijak Dan Menari Atas Al-Quran Bertukar Jadi Monyet Dan Babi

Sampai di masjid, seorang penceramah berbangsa Arab sedang menyampaikan ceramah menggunakan bahasa Inggeris. Biasalah di negara orang putih, guna bahasa Inggeris.

Menjelang tahun baru 2011 , maka penceramah menyentuh isu tahun baru. Beliau memperingatkan jemaah solat Jumaat yang hadir supaya tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah kerana menyambut tahun baru.

Penceramah mengambil kisah Nabi Daud dan kisah azab Allah ke atas bani Israel yang melanggar larangan Allah menangkap ikan pada hari Sabtu....

Penulis tidak akan menceritakan kisah azab Allah ke atas bani Israel sebab ramai yang tahu kisah ini. Penulis akan ceritakan kembali kisah benar yang diceritakan oleh penceramah sebelum beliau menutup ceramahnya....

Seorang komando tentera Turki beragama Islam memceritakan kepadanya satu peristiwa yang dialami pada tahun 1999 semasa malam menyambut tahun baru.

Pada masa itu, mereka berada di suatu tempat untuk latihan ketenteraan. Pada malam berkenaan, seorang jeneral beragama Islam telah membawa penari perempuan untuk membuat persembahan kepada tentera yang membuat latihan sebagai hiburan menyambut tahun baru....

Terdapat tentera Islam termasuk komando berkenaan tidak bersetuju dengan tindakan jeneral berkenaan dan memberi amaran tentang azab Allah....

Komando berkenaan berkata kepada jeneral berkenaan lebih baik mati menentang Israel daripada mati ditimpa azab Allah kerana melakukan perkara maksiat....

Jeneral berkenaan angkuh memandangkan beliau adalah ketua dan berkuasa. Beliau mempersendakan tentera Islam yang membantah malah lebih teruk lagi beliau telah mengambil al-Quran lalu meletakkannya ke lantai....

Jeneral itu kemudiannya, menyuruh penari perempuan menari di atas al-Quran berkenaan. Semasa penari berkenaan memijak dan menari di atas al Quran, komando itu menyatakan terasa ketakutan yang amat sangat akan berlaku azab Allah di kalangan tentera yang membantah....

Perasaan takut itu menyebabkan mereka melarikan diri dari tempat berkenaan. Semasa mereka melarikan diri terdengar satu letupan yang amat kuat dari tempat maksiat berkenaan....

Apabila memandang ke tempat berkenaan , sungguh mengejutkan mereka tempat itu sudah tengelam ke bawah dan membentuk kawasan seperti kolam. Seramai 37 orang telah lenyap tenggelam sekelip mata. Tidak lama selepas kejadian , pasukan tentera penyelam telah datang untuk mengambil mayat di dalam kolam berkenaan....

Amat mengejutkan lagi, apabila pasukan penyelam berkenaan menceritakan semasa mereka menyelam ke dalam kolam berkenaan. Kesemua mayat berkenaan sudah bertukar wajah menjadi wajah monyet dan babi. Inilah yang kisah benar yang diceritakan penceramah berkenaan....

Cumanya, beliau tidak memberitahu di manakah tempat berkenaan....

Anggaplah kisah benar ini sebagai peringatan kepada kita umat Islam supaya tidak melakukan perkara yang dilarang Allah, perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah....

'Doktor Nak Bakar Janin Isteri Saya?!'


Assalam semua. Saya nak kongsikan pengalaman saya yang terjadi baru-baru ini.

Pada Ahad, 23 Ogos, kandungan saya disahkan tidak bernyawa lagi. Saya amat terkejut dan sedih sekali. Dalam keadaan tertekan dan masih terkejut, saya diminta membuat keputusan segera sama ada mahu membuat prosedur kelahiran paksa atau secara sendiri yang mungkin mengambil masa dua minggu berbanding paksa dalam tempoh maksimum 48 jam.

Saya ditenangkan suami, dan setuju secara paksa iaitu induce.

Punca kematian bayi tidak diketahui melainkan dengan cara menghantar uri/placenta ke lab untuk kajian dan saya bersetuju untuk melakukan ujian tersebut.

Malam Isnin adalah malam terakhir saya mengandung. Keesokan pagi, jam 7.20 pagi, saya dimasukkan ubat pertama dan maksimum ubat adalah 4 kali. Sejak itu, hati saya berdebar-debar untuk menghadapi saat-saat kelahiran. Saya amat stress sebab saya tahu saya bakal melahirkan jasad tak bernyawa.

Jam 10 pagi, saya sudah mulai cramp perut dan susah untuk meluruskan kaki sehingga jam 11.30 pagi.  Saya cuba bertenang sementara menunggu waktu melawat jam 12.30 tengah hari.

Tidak lama kemudian, mak dan suami saya sampai. Makanan tengah hari juga disediakan oleh hospital. Saya makan sambil menahan sakit. Sudahnya, saya tak boleh makan dan cuba untuk baring. Saat itu saya turun air dan darah. Saya dihantar ke bilik pemeriksaan.

Jam 1.20 petang, sepatutnya saya dimasukkan ubat dos kedua tetapi doktor periksa saya boleh teruskan untuk saat kelahiran. Walaupun rahim saya masih belum bersedia untuk kelahiran tetapi doktor sudah dapat merasakan janin dan menarik keluar tanpa sebarang painkiller/bius.

Amat sakit, hanya Allah sahaja yang tahu.

Perut saya masih cramp. Saya bertanya kepada doktor kenapa perut saya masih cramp. Kata doktor, saya masih melalui proses kelahiran walaupun saya sudah melahirkan dan saya akan normal semula dalam masa dua jam.

Kemudian doktor tekan perut saya, sekitar rahim untuk mengeluarkan darah beku. Tak mampu saya nak mengambarkan kesakitannya. Saya hanya mengucap dan menangis. Suami pula tidak dibenarkan masuk.

Saat saya menahan kesakitan, doktor bertanya sama ada saya mahu atau tidak melihat bayi saya. Saya binggung dan tidak mampu berfikir.

Setelah didesak oleh doktor sebanyak tiga kali, saya cakap suami saya nak melihatnya supaya saya dapat bertemu dengan suami.

Doktor bawa bayi saya ke lab. Kami terkejut sebab semalam doktor cuma cakap nak mengambil uri sahaja untuk siasatan. Bermulalah soal jawab kami.

Saya saya bertanya kalau setelah habis di lab, boleh ke tidak kami menuntut bayi. Doktor menjelaskan, tak boleh sebab semua janin yang keguguran/meninggal akan dilupuskan setelah selesai di unit pathology dan itu adalah prosedur hospital.

Suami saya bertanya lagi, 'Lupus bagaimana? Adakah ditanam?"

"Tidak. Semua janin di bawah berat 500 gram akan dilupuskan dengan kaedah incinerator," kata doktor.

Jujurnya ini pertama kali saya mendengar dan tidak faham apa kaedah itu.

"Bakar?! Doktor dan hospital bakar jani setelah kajian??" soal suami yang mahukan kepastian dari doktor itu sendiri.

Doktor itu terkejut bilamana suami saya mengetahui kaedah itu sebenarnya.

"Kita biasa kendalikan banyak kes ya encik dan kita anggap janin kecil bukan bayi tetapi sebagai sample tisu. Bukan pihak hospital yang uruskan pelupusan tisu tetapi pihak luar," jelas doktor itu lagi.

Setelah kami berfikir panjang, kami nekad mengambil semula bayi kami.

Tidak dalam kemudian, doktor lab datang ke katil saya untuk berbincang. Katanya ujian lab penting untuk saya kelak dan dia cuba memujuk saya.

Saya menjelaskan bahawa saya mahu mengebumikan bayi saya mengikut cara Islam. Saya tidak rela anak saya dibakar.

Doktor itu berunding dengan ketua unitnya dan bersetuju untuk mengambil uri bayi sahaja.

Syukur alhamdulillah. Anak saya dikafankan di unit jenazah dan disemadikan mengikut cara Islam yang sewajarnya.

Bagi ibu bapa, jadikan pengalaman saya sebagai panduan. Bertanyalah pada doktor meskipun doktor tak suka kerana kita berhak mendapatkan maklumat yang tepat dan jelas.